"SENTUHAN SENI MUSIM TENGKUJUH"
Oleh Siti Salmiah A Hamid
Musim tengkujuh sering disalah erti sesetengah masyarakat sebagai musim yang tidak membawa rezeki atau musim musibah kerana anggapan skeptikal, serong dan tidak bersyukur di atas pemberian Allah.
Untuk menikmati sendiri pengalaman di musim tengkujuh, pelukis Zainal Abidin Musa sanggup menghabiskan masa sejak 2010 dengan berkunjung ke Pahang, Kelantan dan Terengganu.
“Ia satu cabaran kepada diri sendiri untuk melukis dan merakamkan gambar ketika musim tengkujuh,” katanya.
Musim tengkujuh adalah fenomena alam semula jadi, justeru bagi masyarakat pantai timur mereka sudah lali dengan fenomena itu.
Musim tengkujuh adalah fenomena alam semula jadi, justeru bagi masyarakat pantai timur mereka sudah lali dengan fenomena itu.
LORETAN cat minyak dalam Tengkujuh: Nelayan Kuala Besut.
Zainal memulakan ekspedisi menyusuri pesisiran pantai sepanjang musim tengkujuh dari Kuala Lumpur ke pantai timur. Pengalaman tinggal di Batu Rakit dan di Pulau Perhentian Kecil selama tiga malam tidak dapat dilupakan.
Mengenai lukisan, dia gemar melakar secara bersahaja kerana teknik itu lebih menyatakan isi hati dan perasaan ketika musim tengkujuh.
Jika sebelum ini dia gemar warna terang dan cerah, di pameran itu Zainal menggunakan warna lebih natural selain menampakkan formasi awan dan hujan.
Berasal dari Batu Gajah, Perak, Zainal tidak mengehadkan kehalusan karyanya menerusi cat minyak malah sentuhan emosinya dinilai di atas kanvas yang dilakar menerusi cat air, akrilik dan pastel.
Sentuhan pelukis kontemporari negara yang pakar dalam genre impresionis ini pasti tidak mengecewakan.
Sebanyak 47 lukisan dihasilkan daripada pengalaman sepanjang empat tahun namun hanya 20 lukisan dipamerkan untuk pameran Tengkujuh itu.
Pameran itu berlangsung sehingga 19 September ini.
No comments:
Post a Comment